Skip to main content

DETIK PERPADUAN BERKAITAN SAMBUTAN PERAYAAN, BENCANA, PERCUTIAN DAN GOTONG-ROYONG

 




MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN(JTM)

                                                  DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN


DETIK PERPADUAN BERKAITAN SAMBUTAN PERAYAAN , BENCANA ,

 PERCUTIAN DAN GOTONG - ROYONG


NAMA AHLI KUMPULAN :

1) SITI MARYAM BINTI SUKOR ( 02DTM20F2059 )

2) NURUL FAZWANI HUSNA BINTI HARISAL KEFLI ( 02DTM20F2009 )

3) CHE NURIN ATHIRAH BINTI HAFIZUDDIN ( 02DTM20F2041 ) 

4) IZZAH AMIRAH BT AMIARDI ( 02DTM20F2045 )

5) NIK NUR DAYANA BINTI HAMID  ( 02DTM20F2047 )

CLASS : DTM1B

                                                                     


PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang agama, budaya dan kaum. Agama rasmi bagi negara Malaysia ialah agama Islam tetapi terdapat juga agama lain seperti agama Kristian, Buddha serta Hindu. Majoriti kaum di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Rakyat Malaysia akan sehati sejiwa apabila berlaku perayaan, bencana, percutian dan aktiviti Gotong-royong. Perbezaan budaya adalah isu yang serius dalam Malaysia kerana ia boleh mencetuskan konflik antara kaum dan dapat memecah belahkan perpaduan masyarakat. Konsep perpaduan adalah satu proses yang dapat menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya dapat membentuk nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Cara memupuk perpaduan dengan Hormat- menghormati dan memahami tidak kira berlainan atau sesama kaum. Oleh itu, Rakyat Malaysia harus bersatu padu memupuk semangat perpaduan di dalam negara.




PERAYAAN



Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai agama seperti Agama Islam, Hindu, Buddha dan sebagainya. Setiap individu bebas memilih agam sendiri. Dengan kewujudan kaum serta agam yang pelbagai ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di Negara Malaysia ini. Perayaan-perayaan yang pelbagai ini memperlihatkan keunikan. Oleh itu, Malaysia menjadi suatu tarikan  kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara untuk melihat perayaan-perayaan yang setiap satunya mencapai keharmonian antara pekauman, kita dapat melihat masyarakat menghormati antara satu sama lain dan berusaha untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat. Hal ini adalah salah satu detik perbezaan yang dapat dipupuk dalam masyarakat kita pada hari ini.


             Antara perayaan yang terdapat di dalam Malaysia ialah Hari Raya Puasa yang merupakan perayaan yang disambut oleh umat islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan di mana umat islam berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Selain itu, terdapat juga perayaan Deepavali yang merupakan perayaan yang disambut oleh orang Hindu. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Mengikut kepercayaan mereka, perayaan ini dirayakan untuk menhapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, mereka diberi peluang untuk mengimbas kembali segala pelakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Ini akan menimbulkan ketenangan serta mamberi cahaya baru kepada mereka. Seterusnya, perayaan bagi orang cina ialah Tahun Baru Cina atau dalam sebutan cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaun Cina di merta dunia, malah turut diraikan oleh orang Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mareka turut memakai kelendar qamari Cina. Hal ini menunjukkan mereka mempunyai budaya dan gaya hidup yang hampir sama seperti menggunakan sumpit ketika makan.

 

                  Melelui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah mengenai konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga peranan sambutan perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri pentingnya kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama agar keharmonian hubungan masyarakat di negara ini dapat dikukuhkan. Rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dalam keadaan aman dan damai. Sejak merdeka, tugas yang penting bagi setiap rakyat adalah menyumbang ke arah perpaduan negara serta berusa meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan negara kita.  



GOTONG – ROYONG

  
                          

Sejak dari dulu lagi , khususnya masyarakat Melayu , gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka . Kini , selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi , selepas pengwujudan  Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973 , gotong-royong telah        dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia .


KEPENTINGAN GOTONG - ROYONG

         Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden . Lebih rumit lagi , masyarakat di Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum . Maka , harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaun itu , dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondunsif . Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama melakukan aktiviti gotong – royong seperti membersihkan taman permainan atau kawasan perumahan , longkang , mahupun rumah ibadat , ianya dapat mewujukan rasa kekitaan yang tulen dalam diri setiap individu . Gotong – royong  dapat merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci , yang tidak dapat ditemui di rumah malahan di pejabat . Rasa kekitaan , rasa prihatin , dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini .

             Hal ini berdasarkan kesan positif gotong – royong yang sebenar mampu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat  seperti penagihan dadah dan kecurian , lebih-lebih lagi gotong – royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat . Bak kata pepatah Melayu , “berat sama dipikul , ringan sama dijinjing “ . Demikian juga tentang kerja gotong – royong ini . Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama – sama . Itulah prinsip gotong – royong . Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan ( JKK ) . Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong – royong setempat , khususnya untuk kepentingan umum . Isu ini jika ditelusuri secara mendalam , banyak wang , masa , dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan berkerjasama mencapai sesuatu perkara .

           Contohnya , jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah , mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu . Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong – royong , kesan gotong – royong kepada masyarakat seleuruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan .

 

KESILAPAN MASA KINI

          Setelah puluhan berlalu , gotong – royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat . Masyarakat masa kini dampaknya lebih individualistik dan materialistik . Mereka cukup menyendiri lalu mengaggap bahawa segala apa yang berlaku di sekelinling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka . Mereka mula mencapai wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan . “Ada kerja , ada gaji “ seakan – akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini . Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai – nilai kejiranan . Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat . Tidak mustahil , mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam .

          Ketidakfungsian badan – badan kerajaan dan badan – badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan , dikatakan punca gejala ini berlaku . Setiap tahun , kerajaan menguntukkan beberapa juta ringgit untuk pembangunan masyarakat dan malangnya , perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran . Agensi – agensi kerajaan yang ke arah ini kurang mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam perkara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat . Nasib yang sama turut menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40 000 buah . Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “ melepaskan batuk di tangga “ . Mereka tidak gemar turun padang , berjumpa dan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong menyelesaikan masalah mereka . ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “ batu loncatan “ oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi .

 

LANGKAH – LANGKAH YANG WAJAR DIAMBIL

          Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan , namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu –isu yang kian membarah ini . Sejak di bangku sekolah lagi , amalam murni perlu diterapkan agar kerja murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara . Anak – anak kecil harus dibiasakan bersama – sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaat oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum . Sekolah sebagai rumah kedua para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktivit – aktiviti kesekolahan seperti Hari Guru , Sukan Tahunan Sekolah , dan Hari Anugerah Cemerlang . Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat . Melalui kerjasama , setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain dapat menyelidiki potensi diri secara yang lebih menyakinkan badan – badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha memugar semula semangat gotong – royong kembali . Ceramah , forum , dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong – royong kepada orang ramai . Lebih elok lagi jika mereka turut bersmam- sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka . Contohnya , sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic , kaca , dan kertas terpakai untuk dikitar semula . Pencapaian badan sukarela ini patut diberi pujian . Tidak terkecuali , syarikat – syarikat swasta sewajarnya menunaikan tanggungjawab social mereka dengan membantu masyarakat umum mengatasi masalah mereka . Walaupun sehingga kini peranan syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih samar – samar , namun fungsi social mereka akan lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa kini dan insentif kerajaan .



BENCANA




Mutakhir ini, kita seringkali digemparkan dengan berita bencana alam yang berlaku tidak kira dalam negara mahupun di luar negara. Bencana alam yang menimpa kian berlaku sejak kebelakangan ini dan tidak dinafikan bahawa hal ini sememangnya sudah menjadi lumrah dunia. Antara bencana alam yang sering melanda ialah tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, banjir, dan sebagainya.Musibah yang berlaku ini telah memberikan impak negative kepada semua pihak terutamanya ialah ribuan nyawa telah terkorban akibat bencana alam yang berlaku.

       Antara punca yang menyebabkan kejadian bencana alam ialah kegagalan manusia untuk membuat perancangan. Hal ini demikian kerana kegiatan manusia seperti penyelenggaraan sungai dan pembalakan yang tidak praktikal ini memberi impak yang besar kepada alam sekitar kita. Selain itu, kegagalan manusia untuk  merancang atau berkerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah akan keupayaan bencana alam ini atau menganggap nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.Disamping itu, kelambatan manusia untuk memberi pengumuman kepada masyarakat mengenai bencana alam turut memberi kesan yang besar kepada alam sekitar kerana manusia tidak perasan dengan perubahan terhadap alam sekitar dan terus menjalankan aktiviti yang merbahaya kepada alam sekitar kita.

    Antara langkah yang boleh diambil ialah masyarakat harus dilatihh dengan pelbagai latihan kecemasan supaya bersedia menghadapi bencana alam. Golongan mudah harus didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri apabila berlaku kejadian banjir dan angina taufan supaya mereka tahu tindakan yang betul untuk dilksanakan. Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah menyelamatkan diri boleh membantu mengurangkan kadar kematian apabila bencana alam berlaku.

     Langkah yang lain ialah, Pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus menjalankan peranan bagi mengatasi masalah bencana alam ini. NGO boleh berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran masyarakat agar sedar dengan keadaan alam sekitar kita yang mungkin akn mengalami bencana. Selain itu, kempen ini turut boleh melatih masyarakat untuk menghadapi bencana alam. Sebagai contoh, sekiranya banjir berlaku, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan oleh masyarakat bagi menjamin keselamatan diri.

Kesimpulanya, semua pihak harus berganding bahu ibarat peribahasa melayu bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat untuk bersama-sama mengatasi masalah bencana alam demi kebaikan bersama.  


PERCUTIAN

 


Melancong dapat ditakrifkan sebagai pergi bercuti atau berlibur ke sesuatu tempat untuk makan angin atau menenangkan fikiran sama ada bersama-sama dengan keluarga ataupun dengan rakan-rakan. Dewasa ini, destinasi-destinasi pelancongan di dalam negara semakin mendapat sambutan dan perhatian dalam kalangan warganegara tempatan mahupun orang luar.Hal ini dikatakan demikian kerana, hasil daripada usaha-usaha kerajaan mengadakan kempen dan mempromosikan destinasi pelancongan tempatan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Melaka dan lain-lain destinasi kepada rakyat pribumi Malaysia dan rakyat luar negara. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di luar negara seperti Australia, Singapura, Indonesia dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata.

      Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula, ia memberi banyak manfaat dan dapat mengeratkan perpaduan antara satu sama lain. Setiap orang mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa bercuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Melancong juga dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Sebagai contoh, kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dari negara kita. Hal ini dapat mengukuhkan semangat perpaduan antara kaum kerana kita dapat mempelajari sesuatu dari percutian tersebut terutama untuk mereka yang bercuti di pelbagai negara.

       Melancong di luar negara atau di dalam Malaysia juga dapat mengenali kenalan yang baharu melalui budaya, agama dan bangsa yang berbeza. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan perpaduan kaum dapat dikekalkan



KESIMPULAN 

Kesimpulannya , perpaduan kaum merupakan antara faktor yang terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama . Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain , negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan  ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara . Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten .






Comments